Kursus Authorware: Peringkat Asas dan Pertengahan
Kursus Authorware: Peringkat Asas dan Pertengahan ini menunjuk-ajar cara membina aplikasi multimedia berinteraktif untuk para pereka dan pembangun aplikasi multimedia. Kursus ini sesuai untuk tenaga-tenaga pengajar dan pakar-pakar bidang yang ingin membina aplikasi multimedia berinteraktif bagi tujuan penyebaran maklumat dan alat bantuan pelajaran dan pembelajaran.
Kursus ini merangkumi cara menggunakan semua ikon-ikon dalam perisian Authorware. Ianya menjurus kepada semua jenis dan ciri pembinaan struktur aplikasi multimedia berinteraktif termasuk membina menu, butang, “hot spot”, “hot object”, klik dan seret, taipkan teks serta pilihan pelbagai. Selain dari itu, penyimpanan dan pemaparan markah juga akan ditunjukkan bagi melengkapkan aplikasi multimedia berikteraktif yang dibina. Akhir sekali, peserta akan ditunjukkan cara menggunakan “One Button Publishing” bagi menghasilkan aplikasi multimedia untuk sebaran umum samada melalui CD, laman web atau rangkaian setempat.